Tuesday, December 7, 2010

TIP MEMBELI RUMAH

Sebelum membeli rumah,buat tinjauan terlebih dahulu.pastikan bahawa:
a) Pemaju ada lesen pemaju perumahan, permit iklan dan jualan yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
b) Semak kedudukan kewangan pemaju.
- melawat tapak projek atau lokasi rumah.
- membuat semakan dengan pejabat tanah mengenai hakmilik, nombor lot, jenis penggunaan tanah, sekatan kepentingan, dan pegangan tanah sama ada kekal atau pajakan.
- membuat pengiraan dengan teliti kedudukan kewangan sendiri seperti kelayakan mendapat pinjaman.
- mempertimbangkan sewajarnya kepada insuran perlindungan bagi jumlah pinjaman.
- jangan terpengaruh dengan rumah contoh, sikap tidak mengapa ataupun terpengaruh dengan situasi berebut membeli rumah.ini untuk mengelakkan keputusan yang tidak tepat.
- Dapatkan nasihat dari Bahagian Pelesenan dan Khidmat Nasihat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika ada keraguan...

No comments:

Post a Comment