UMUM
- bersihkan peralatan elektrik dengan kerap terutamanya yang berpenapis.
- matikan suis dan tanggalkan plug bila tidak digunakan.
- gunakan tenaga semulajadi untuk tujuan pemanasan.
- audit penggunaan tenaga elektrik.
Peti Sejuk
- simpan stok 2/3 penuh. JANGAN lebih had muatan.
- elakkan membuka pintu peti terlalu kerap kerana 30% akan hilang setiap kali dibuka.
- periksa jalur magnet.uji dengan RM 1 dengan meletakkannnya di celah pintu.jika boleh ditarik,magnet perlu ditukar.
- lakukan penyahbekuan apabila ketebalan frost melebihi 6mm.
- elakkan menyimpan makanan yang panas atau suam.
- jika bercuti panjang, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan biarkan pintu terbuka.
Pendingin Hawa
- kurangkan bil dengan menggunakan kipas.
- tetapkan suhu kepada 23-26*C.
- letakkan pelindung pada penghawa dingin kerana dapat menjimatkan 10% penggunaan elektrik.
- gunakan penghawa dingin yang sesuai saiznya.
Mesin Basuh
- jika kerap membasuh, gunakan mesin basuh jenis muatan hadapan.
- isi penuh mesin basuh bagi setiap cucian.
Komputer
- gunakan komputer riba atau skrin leper.
- matikan suis monitor jika tidak digunakan.
Seterika
- mengosok dalam jumlah yang banyak.
- gosok pakaian yang mudah di gosok akhir sekali kerana pakaian ini boleh digosok dengan menggunakan haba sedia ada apabila suis seterika dimatikan.
Pencahayaan
- matikan suis lampu atau kipas jika tiada orang di bilik.
- gunakan cahaya matahari untuk pencahayaan di waktu siang.
- gunakan cat bermarna cerah.