Saturday, May 15, 2010

Notebook- Untuk Pengguna yang sentiasa Bergerak!!!

Jika anda selalu bergerak dan tidak memerlukan laptop yang terlalu besar di atas meja anda,anda boleh beralih kepada menggunakan notebook. Apabila notebook ini dihasilkan beberapa tahun lepas,ia membantu menakrifkan kembali apa yang dipanggil komputer peribadi. pembuat laptop sebelum ini tidak terfikir yang pengguna akan membeli laptop bersaiz kecil yang skrinnya lebih kecil dari 12 inci. Ramai pengguna membeli notebook kerana ia lebih murah, senang untuk di bawa ke mana-mana dan boleh disimpan didalam beg atau tas tangan sahaja. Mereka yang hanya menggunakan komputer untuk melayari internet, menghantar email, melakukan sedikit video streaming dan melakukan kerja2 menaip yang tidak memerlukan keupayaan komputer yang canggih mendapati bahawa notebook adalah komputer yang mereka perlukan. Selain itu harga notebook ini lebih murah daripada harga laptop yang bersaiz 14 inci..

Tapi,kelemahan notebook ini adalah ia tidak mempunyai dvdrom.jadi notebook memerlukan external dvdrom jika ingin menggunakan cd atau dvd untuk menginstall perisian. ataupun perisian boleh di install menggunakan pendrive..

No comments:

Post a Comment